Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PGA Sarawak rampas rokok pelbagai jenis bernilai lebih RM75,000


Tarikh kemaskini: 23/09/2019




KUCHING, 23 Sept -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merampas rokok  pelbagai jjenama rokok bernilai RM 75,240 dalam ‘Op Libas’ yang dijalankan di Serian, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 11, Supt Rosdi Bin Inai berkata bertindak atas risikan dan maklumat yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota PGA yang diserta oleh Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu sebuah premis pada pukul 3 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut, sebanyak 418 karton rokok pelbagai jenis yang belum lulus cukai kastam telah ditemui

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat kerana semasa pemeriksaan dilakukan premis berkenaan tidak berpenghuni kerana  disyaki melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rosdi berkata, rokok tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran untuk  pasaran tempatan.

Katanya, barangan rampasan diserah kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk siasatan lanjut.

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel