Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat penganggur ditahan dalam serbuan dadah di Miri


Tarikh kemaskini: 23/09/2019





MIRI, 23 Sept -- Polis telah menahan empat lelaki serta merampas dadah jenis syabu bernilai RM2,720 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Quadruplex Permyjaya malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Supt Hasnir Abdul Hamid berkata, keempat-empat suspek lelaki tempatan berusia 22 dan 31 tahun itu ditahan bersama dengan 17 gram dadah jenis syabu ketika serbuan dilakukan pada pukul 9.20 malam.

"Kesemua suspek adalah penganggur dengan tiga daripada suspek positif dadah setelah ujian air kencing dijalankan dan seorang lagi negatif,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dadah syabu yang dirampas ditemui dalam enam paket plastik lutsinar serta 27 keratan tiub penyedut minuman.

Menurutnya, kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat dibawah seksyen 15(1) dan 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel