Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Sabah guna BIMP-EAGA pacu pertumbuhan ekonomi Labuan


Tarikh kemaskini: 23/09/2019





KOTA KINABALU, 23 Sept  -- Kerajaan negeri Sabah merancang untuk memanfaatkan platform Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) untuk membantu memacu pertumbuhan ekonomi Labuan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata terdapat juga rancangan untuk mengaktifkan industri pemprosesan hiliran sektor tertentu di Sipitang yang akan memberi kesan positif kepada Labuan.

"Sektor kewangan antarabangsa Labuan jauh lebih baik berbanding pusat lain di rantau ini. Bagaimanapun, usaha bersepadu untuk mempromosikan sektor itu secara agresif daripada kerajaan Persekutuan adalah diperlukan," katanya dalam pertemuan dengan wakil-wakil daripada tujuh Dewan Perniagaan Labuan di sini hari ini.

Tujuh dewan perniagaan itu ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan (DPMML), Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML), Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Labuan, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dan Dewan Perniagaan Islam Labuan.

Pada masa sama, ketua menteri itu berkata Labuan perlu membangunkan produk pelancongan yang menarik untuk menarik pelancong dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Beliau turut memaklumkan kerajaan Sabah menyokong cadangan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah.

"Langkah ini akan membantu merancakkan pembangunan ekonomi Labuan dalam jangka masa panjang,” katanya.

Mohd Shafie berkata pegawai dari Kementerian Wilayah Persekutuan telah menemuinya untuk beberapa input mengenai cadangan jambatan itu yang dijangka memberi manfaat kepada sektor pelancongan.

 -- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel