Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat nelayan Indonesia ditahan di perairan Miri


Tarikh kemaskini: 23/09/2019





MIRI, 23 Sept -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan empat nelayan Indonesia dan menyita pelbagai jenis ikan seberat setengah tan bernilai RM100,000, di perairan Miri pukul 7.30 pagi ini. 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, empat kru lelaki berumur 24 hingga 39 tahun itu ditahan ketika menangkap ikan di lokasi 3.7 batu nautika dari Kuala Baram. 

"Keempat-empat kru bot nelayan tersebut melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan aktiviti penangkapan ikan di kawasan pesisir," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Menurutnya, kawasan pesisir telah dikhaskan untuk nelayan yang menggunakan bot-bot kecil dan tindakan kru kapal warga Indonesia telah menyebabkan rungutan dari nelayan bot nelayan kecil.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan aktiviti salah laku berlaku di perairan Miri, boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel