Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Majikan kini boleh bayar FOMEMA guna kad Visa dan Mastercard


Tarikh kemaskini: 23/09/2019





KUALA LUMPUR, 23 Sept -- FOMEMA Sdn Bhd (FOMEMA) mengambil langkah penambahbaikan  dalam operasinya dengan menyediakan pilihan pembayaran baharu bagi yuran pendaftaran Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing menggunakan kad debit atau kredit Visa dan MasterCard.

Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA Kelen Leong Choy Fun berkata dalam satu kenyataan hari ini pilihan pembayaran baharu itu kini boleh digunakan majikan di semua cawangan FOMEMA dan tambahan terkini kepada  tiga pilihan pembayaran untuk pendaftaran manual di cawangan menggunakan cek jurubank, draf bank, kiriman wang dan menerusi kaedah dalam talian menggunakan CIMB Clicks.  

“Penyediaan bayaran menerusi pembayaran menggunakan kad Visa dan MasterCard di semua cawangan  FOMEMA sudah pasti akan memudahkan proses pendaftaran kepada majikan yang memilih melakukannya secara manual,” katanya.  

Beliau berkata bagi pendaftaran secara manual di cawangan agensi itu, majikan perlu terlebih dahulu mengisi borang pemeriksaan perubatan yang boleh dimuat turun daripada lawan sesawang korporat FOMEMA, www. fomema.my.

FOMEMA mengendalikan program penyaringan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing secara menyeluruh di Malaysia bagi pihak Kementerian Kesihatan sejak 1997. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel