Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki OKU miliki enam rekod jenayah lampau, ditahan bersama ganja


Tarikh kemaskini: 23/09/2019





SEREMBAN, 23 Sept  -- Polis menahan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang lumpuh separuh badan disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. 

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata, suspek berusia 45 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu, ditahan ketika sedang memandu di Taman Nusari Bayu di sini, Rabu lepas.

“Bertindak atas maklumat, pada 18 September lalu sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Seremban telah menahan sebuah kereta dinaiki suspek.

Pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh pihak polis telah menemui dua ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja dianggarkan seberat 955 gram yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mohd Said berkata nilai rampasan dianggarkan RM4,000 dan hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan keatas suspek didapati positif dadah jenis ganja.

Katanya suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah mulai Khamis hingga Rabu ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel