ZKAxu0biPiE Isu Kampung Baru: Kabinet bincang Rabu ini    
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Isu Kampung Baru: Kabinet bincang Rabu ini    


Tarikh kemaskini: 23/09/2019





KUALA LUMPUR, 23 Sept  -- Kabinet akan membincangkan mengenai kadar tawaran harga pembelian tanah pemilik dan pewaris Kampung Baru pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata beliau akan membawa perkara itu kepada Kabinet dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk mencari jalan penyelesaian terbaik buat semua pihak.

“(Bincang) Lusa masa di (mesyuarat) Kabinet, kalau dapat ruang saya akan maklumkan Dr Mahathir dan daripada situ kita akan fikir satu cara (penyelesaian).

“Kita faham memang semua nak harga yang lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan, (tetapi) apa yang kita kena buat ialah kita perlu cari satu harga yang munasabah yang memungkinkan projek ini menjadi berdaya maju,” katanya selepas menghadiri program di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sabtu lepas Khalid dipetik sebagai berkata kerajaan menawarkan kadar RM850 sekaki persegi sebagai pulangan kepada pemilik dan pewaris bagi pembangunan semula Kampung Baru.

Menurut Khalid ia merupakan kadar tertinggi dinilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan mengambil kira faktor mengekalkan syarat kepentingan pemilikan orang Melayu sahaja.

Katanya kerajaan juga tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan tawaran harga yang lebih tinggi bagi pembelian tersebut. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel