Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belum ada keputusan muktamad berhubung pemansuhan peruntukan anti diskriminasi pengambilan pekerja


Tarikh kemaskini: 23/09/2019





KUALA LUMPUR, 23 Sept  -- Kementerian Sumber Manusia berkata kenyataan berhubung keputusan dicapai bagi memansuhkan peruntukan anti diskriminasi dalam pengambilan pekerja di bawah Akta Kerja 1955, adalah ‘masih terlalu awal’ memandangkan perkara itu masih dalam perbincangan antara kementerian dengan pemegang taruh.

Kementerian itu berkata demikian dalam satu kenyataan yang merujuk kepada artikel yang disiarkan portal berita Malaysiakini yang bertajuk: 'After MEF's objection, proposed anti-discrimination provision removed'.

"Malaysiakini seharusnya faham bahawa tiada keputusan yang telah dibuat, atau boleh dibuat sehingga kabinet memuktamadkan perkara itu.

"Malang sekali bagi kita, melihat pindaan yang dicadangkan kepada Akta Kerja 1955 yang disiarkan di laman web kementerian pada bulan September dengan niat baik dan telus kepada orang ramai, sebaliknya digunakan oleh artikel itu untuk memutuskan perkara berkenaan ‘terlalu awal’,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya kementerian bekerjasama rapat dengan tiga pihak menerusi Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) bagi menangani isu-isu yang memberi kesan terhadap pihak majikan dan pekerja, sebelum merumuskan sebarang dasar atau meminda undang-undang.

“Pihak kementerian juga menghormati pemegang taruh, dan apa jua yang mereka ingin bincangkan, di samping persepakatan secara umum, kerana mereka mewakili suara lantang pihak majikan dan pekerja. Pihak kementerian juga menggesa semua pihak supaya menunggu sehingga kabinet membuat keputusan berhubung perkara itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel