Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengarah Cityone mengaku tidak bersalah menyebabkan kejadian letupan Cityone


Tarikh kemaskini: 24/09/2019





KUCHING, 24 Sept (Bernama) – Pengarah Cityone MC Sdn Bhd, Stephen Long mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan gagal memastikan tahap keselamatan pekerja terjamin dalam kejadian letupan di  CityOne Megamall.

Stephen, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibaca di hadapan Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad.

Menurut pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Stephen didakwa telah menyebabkan tiga kematian manakala 41 lagi cedera dalam kejadian letupan gas yang berlaku pada 3.30 petang, 4 Disember 2018.

Menurut seksyen itu, penghuni sesebuah premis harus mengambil sebarang langkah yang praktik untuk memastikan bahawa premis itu adalah selamat dan tidak mendatangkan risiko kepada kesihatan.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Okt ini untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Safwan Lokman, manakala tertuduh diwakili peguam J.B Singh and Alvin Yong.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel