Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penerbangan terus Brunei-Sandakan 28 Okt depan


Tarikh kemaskini: 24/09/2019





SANDAKAN, 24 Sept -- Penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan yang bermula pada 28 Oktober depan, menjadi penerbangan antarabangsa pertama bagi Lapangan Terbang Sandakan.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata selepas penerbangan itu dibuka, ianya akan merancakkan industri pelancongan tempatan dan memacu ekonomi penduduk setempat.

"Terdapat enam penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan pada setiap minggu. Ini akan membawa lebih ramai pelancong antarabangsa datang ke Sandakan," katanya dalam satu kenyataan di sini selepas mengadakan pertemuan dengan Pengurus Jualan Royal Brunei Sabah, Philip Lokupi.

Syarikat Penerbangan Royal Brunei akan menyediakan penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan pada setiap Isnin hingga Ahad kecuali Khamis.

Pada Isnin, Jumaat dan Ahad, penerbangan itu akan berlepas dari Sandakan pada 3.05 petang manakala Selesa, Rabu dan Sabtu ialah pada 8.35 malam.

Sementara itu, Wong berkata tiba masanya Lapangan Terbang Sandakan itu dinaik taraf menjadi lapangan terbang antarabangsa.

Menurutnya pembukaan penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan akan memudahkan penumpang dari Sandakan untuk transit di Brunei sebelum  ke London, Australia, Jepun, China dan lain-lain destinasi.

--BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel