Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis buru 'Derek' suspek utama kes pergaduhan di pusat beli belah di Kota Kinabalu


Tarikh kemaskini: 24/09/2019





KOTA KINABALU, 24 Sept  --  Polis Sabah ini sedang memburu seorang lelaki  disyaki suspek atau dalang utama insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah restoran di sebuah pusat  membeli belah, di sini, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata suspek berusia 40 tahun dan dikenali sebagai “Derek” itu dipercayai menjadi punca utama pergaduhan yang melibatkan dua kumpulan berasingan di restoran berkenaan.

“Siasatan awal menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa bersama dua rakannya sedang minum di tempat kejadian. Bagaimanapun katanya, mangsa tiba-tiba didatangi suspek yang terus bertindak menyerang dan memukul mangsa serta dua rakannya.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di muka, kepala dan badan. Kejadian juga mencetuskan pergaduhan lebih besar selepas pembabitan rakan-rakan dari kedua-dua kumpulan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata hasil keterangan yang diambil daripada mangsa mendapati mangsa mengenali suspek namun tidak mengetahui punca beliau dan rakannya diserang.

“Sehubungan itu kita meminta suspek utama dalam insiden ini supaya tampil menyerah diri bagi memudahkan siasatan dijalankan. Polis juga sedang mengenal pasti beberapa lagi suspek lain yang dipercayai terbabit dalam insiden  dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel