Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SEC serah RM7.5 juta dividen kepada kerajaan Sabah


Tarikh kemaskini: 24/09/2019




KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) --  Sabah Energy Corporation (SEC) Sdn Bhd hari ini telah menyerahkan dividen sebanyak RM7.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2018 kepada kerajaan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif SEC Datuk Harun Ismail menyampaikan dividen itu kepada Setiausaha Tetap kepada Menteri Kewangan Negeri Bahari Hassan dan disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Harun dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media semasa majlis penyerahan dividen itu berkata prestasi SEC meningkat apabila berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM55.8 juta pada tahun lepas berbanding pada 2017 iaitu hanya RM48.4 juta.

“Berikutan keuntungan itu dana pemegang saham meningkat kepada RM940 juta pada akhir tahun 2018 dan sehingga kini SEC telah membayar RM204 dividen kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata SEC telah membuktikan kemampuannya sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan mampu menjana keuntungan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Ini adalah satu petanda yang baik bahawa SEC diurus tadbir dengan baik sehingga mampu menjana keuntungan dan seterusnya dapat memberikan dividen kepada kerajaan negeri.

“Oleh itu saya berharap keupayaan syarikat ini dapat terus ditingkatkan agar kita semua dapat manfaat daripada hasil itu. Sudah tentu dividen seperti ini dapat dimanfaat oleh kerajaan untuk membantu rakyat,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel