Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Langit kembali cerah, jerebu beransur pulih


Tarikh kemaskini: 24/09/2019





KUALA LUMPUR, 24 Sept  -- Langit kembali cerah hari ini sejak negara dilanda jerebu dua minggu lepas apabila kualiti udara secara keseluruhan bertambah baik setakat pukul 6.00 petang ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berkata secara amnya situasi jerebu bertambah baik ekoran fasa peralihan monsun yang bermula hari ini dan akan berterusan sehingga awal November depan.

"Fasa peralihan monsun ini bermakna angin barat daya yang sebelum ini bertiup dari negara jiran ke arah negara ini akan beransur berubah arah dan dengan itu keadaan jerebu akan beransur pulih," kata kenyataan itu.

Malah semua sekolah di seluruh negara juga telah beroperasi seperti biasa hari ini berikutan keadaan jerebu dan bacaan IPU terkini semakin berkurangan.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), hanya tujuh kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6.00 petang ini, berbanding 14 kawasan pada tengah hari tadi. 

Tujuh kawasan itu melibatkan dua kawasan di Selangor iaitu stesen Johan Setia Klang (161) dan Klang (108); dua di Perak iaitu Seri Manjung (127) dan Tasek (111); Putrajaya (107); Nilai, Negeri Sembilan (110);  dan Temerloh, Pahang (102). 

Sementara itu 59 kawasan lagi merekodkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel