Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kraftangan Malaysia sasar RM500 juta nilai jualan kraftangan tempatan


Tarikh kemaskini: 24/09/2019





KUALA LUMPUR, 24 Sept  -- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) menyasarkan nilai jualan produk kraftangan tempatan tahun ini akan mencapai RM500 juta dengan RM200 juta daripadanya merupakan hasil produk batik seperi baju batik dan kain songket.

Ketua Pengarahnya Ibrahim Ismail berkata ini kerana dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini sahaja, hasil jualan produk kraftangan tempatan telah mencapai jualan RM326 juta yang melibatkan keseluruhan 5,726 usahawan kraftangan tempatan.

"Dalam tempoh itu, nilai jualan kraf batik turut meningkat empat peratus iaitu RM114.7 juta berbanding RM110.3 juta pada tahun lepas.

"Jadi, kami harap sasaran itu tercapai melalui beberapa acara besar yang akan kami anjurkan di beberapa negeri seperti di Sabah dan Sarawak, sekali gus membantu usahawan-usahawan tempatan menjana pendapatan serta mempromosi produk kraf mereka," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian Pusat Jualan dan Galeri Bujins Batik, di GM Bukit Bintang, di sini hari ini.

Perasmian itu telah disempurnakan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Bujins Batik adalah satu jenama batik lukisan tangan yang memaparkan pembuatan batik tradisional dengan memperkenalkan corak rekaan moden selain mempelbagaikan produk batik seperti lukisan, beg genggam dan tanjak batik.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel