Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terengganu perkasa institusi pondok, sedia latihan kemahiran


Tarikh kemaskini: 24/09/2019





KUALA BERANG, 24 Sept -- Kerajaan Terengganu akan memperluaskan program latihan kemahiran kepada pelajar-pelajar di institusi pondok, sekolah tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam negeri secara berperingkat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia sebagai inisiatif kerajaan negeri memperkasakan pelajar berkenaan dalam bidang kemahiran, sekaligus membantu mereka berdikari selepas menamatkan pengajian.

Katanya kerajaan negeri akan memikirkan kaedah sesuai untuk melaksanakan program latihan kemahiran mengikut keperluan dan daerah masing-masing.

“Ketika ini pelajar di Pondok Ibtida'i dekat Ajil di Hulu Terengganu telah mengikuti program pertukangan di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) dan telah menguasai kemahiran itu untuk berdikari selepas menamatkan pengajian.

"Bagi daerah lain, kami akan fikirkan apa bentuk latihan kemahiran yang sesuai dan semua kosnya ditanggung oleh kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM3.875 juta kepada 102 sekolah pondok, tahfiz dan SAR serta majlis pelancaran program latihan kemahiran di Pondok Ibtida'i di sini hari ini.

Pada masa ini lebih 10,000 pelajar berada di 140 institusi pondok, sekolah tahfiz dan SAR.

Ditanya mengenai hampir 40 institusi pondok yang belum berdaftar, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri akan memastikan pengurusan mereka berbuat demikian secepat mungkin bagi memudahkan penyaluran peruntukan untuk mereka beroperasi secara lebih tersusun dan sistematik.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel