Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Usaha kesan Moganambal masih dijalankan - Polis


Tarikh kemaskini: 24/09/2019





KUALA LUMPUR, 24 Sept  -- Usaha mencari dan mengesan G.Moganambal iaitu isteri kepada seorang daripada tiga lelaki yang ditembak mati polis di Batu Arang, Rawang dekat sini, pada 14 Sept lepas masih dijalankan.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata setakat ini, wanita berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang itu belum ditemui.

“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya ke balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 18 Sept lepas, Noor Azam mengesahkan dua daripada tiga individu yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Batu Arang dekat sini merupakan ahli kongsi gelap 08.

Noor Azam turut menafikan dakwaan Moganambal berada dalam kereta Volkswagen Polo dinaiki tiga lelaki yang ditembak mati selepas di kejar polis.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel