Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Semakan daerah dan pusat mengundi Sabah dibuka hari ini - SPR


Tarikh kemaskini: 24/09/2019





KUALA LUMPUR, 24 Sept  -- Semakan daerah mengundi dan pusat mengundi bagi pengundi di Sabah, boleh dilakukan mulai hari ini sehingga 10 Okt depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun berkata semakan itu boleh dibuat secara dalam talian, di portal rasmi SPR http://www.spr.gov.my.

 “Sebarang pertanyaan boleh hubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8892 7000 atau pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah di talian 088-488 588,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azizan berkata semakan itu susulan keputusan Dewan Rakyat meluluskan Laporan Kajian Semula Persempadanan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sabah Kali Keenam Tahun 2017 dan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya) (Negeri Sabah) 2019 pada 17 Julai lepas.

Beliau berkata perintah tersebut telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan telah diwartakan untuk dikuatkuasa mulai 22 Ogos lepas.

“Susulan daripada pewartaan perintah tersebut, pengemaskinian daerah-daerah mengundi telah dilaksanakan oleh SPR dan diwartakan pada 24 Sept 2019 selaras dengan peruntukan Seksyen 7(1), Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19],” katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel