Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sukan SEA: Atlet negara diwajibkan suntikan vaksin


Tarikh kemaskini: 24/09/2019





KUALA LUMPUR, 24 Sept  -- Atlet kebangsaan yang akan membawa cabaran negara pada Sukan SEA Filipina 2019 diwajibkan mengambil suntikan vaksin bagi mengelak dijangkiti wabak penyakit yang kini sedang melanda beberapa venue utama temasya sukan itu.

Ketua Kontinjen negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata semua persatuan sukan kebangsaan perlu menyediakan atlet mereka seberapa segera untuk menerima suntikan pada tarikh yang akan dimaklumkan Institut Sukan Negara (ISN) sebelum berlepas ke Filipina.

"Terdapat ramai atlet negara berlatih di luar negara dan mereka perlu mengambil vaksin tertentu kerana keadaan hari ini di sana (Filipina) banyak penyakit yang sedang melanda negara itu.

ISN telah menetapkan tarikh mereka perlu mengambil vaksin tersebut sebelum berlepas ke Filipina dan sebab itu semua persatuan harus menyediakan atlet mereka untuk menjalani proses pengambilan vaksin di ISN," katanya pada sidang media Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan SEA kali kedua di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, hari ini.

Saranan pengambilan vaksin itu dikeluarkan Kedutaan Malaysia di Filipina dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika lawatan wakil Majlis Sukan Negara (MSN) diketuai Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Shapawi Ismail, ISN dan MOM ke semua venue pertandingan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Perubatan ISN, Dr Arshad Puji, pihak kedutaan memaklumkan antara penyakit yang sedang melanda beberapa kawasan di Filipina adalah wabak demam campak.

"Semasa kita mengadakan lawatan awal ke Filipina tempoh hari kita dimaklumkan oleh Kedutaan Malaysia di sana mengenai wabak demam campak yang sedang aktif di sana. Atas saranan daripada pihak kedutaan dan KKM kita akan menyediakan vaksinasi kepada atlet ke Manila," katanya.

Sementara itu, Megat Zulkarnain memaklumkan jumlah sasaran pingat emas negara pada temasya dwi tahunan itu hanya akan diketahui selepas satu bengkel khas melibatkan kesemua persatuan sukan pada 5 dan 6 Nov depan.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan acara penyerahan Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kontinjen negara akan diadakan pada hari terakhir perhimpunan atlet yang dijadual berlangsung pada 19 hingga 21 Nov depan.

Sukan SEA ke-30 akan berlangsung dari 30 Nov sehingga 11 Dis ini bakal melibatkan 56 acara di tiga kluster iaitu Manila, Subic dan Clark.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel