Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ahli sindiket pemerdagangan migran ditembak mati


Tarikh kemaskini: 25/09/2019





KUALA LUMPUR, 24 Sept  -- Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki ahli sindiket pemerdagangan manusia warga asing mati ditembak polis di Jalan Bandar 10, Puchong dekat sini, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, lelaki terbabit dikatakan membawa lapan pendatang tanpa izin rakyat Myanmar dengan menaiki kereta jenis Perodua Alza.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis melepaskan dua das tembakan selepas lelaki terbabit merempuh anggota polis yang menahan kereta itu.

Tembakan itu menyebabkan lelaki terbabit mati di tempat kejadian manakala seorang daripada rakyat asing itu cedera.

"Kes ini melibatkan penyeludupan migran. Susulan itu, lapan pendatang tanpa izin dalam kereta itu ditahan termasuk seorang yang cedera ditembak," katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel