Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kira-kira 30 penduduk tinggal sehelai sepinggang lima rumah terbakar di Kuala Krai


Tarikh kemaskini: 25/09/2019




KOTA BHARU, 25 Sept -- Kira-kira 30 penduduk membabitkan lima keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang mereka diami hangus dalam kebakaran di Kampung Hamzah, Kuala Krai malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.45 malam sebelum tiba di tempat kejadian kira-kira sembilan minit kemudian.

"Seramai 18 anggota dikerahkan bagi operasi terbabit termasuk anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.15 pagi.

"Kebakaran terbabit melibatkan lima buah rumah separuh kekal yang melibatkan 31 mangsa selain kebakaran itu memusnahkan empat buah motosikal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun seorang remaja perempuan berumur 17 tahun melecur ringan dan telah mendapat rawatan di klinik berhampiran.

Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel