Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemimpin masyarakat Sabah disaran sampaikan peranan jabatan muzium - Pengarah


Tarikh kemaskini: 25/09/2019





KENINGAU, 25 Sept (Bernama) -- Pemimpin masyarakat di negeri ini disaran memainkan peranan sebagai ejen penyampai maklumat kepada rakyat berkaitan fungsi serta matlamat Jabatan Muzium Sabah dalam usaha memulihara khazanah warisan negeri, kata Pengarahnya Arif Abdul Hamid.

Beliau berkata maklumat mengenai peranan jabatan berkenaan perlu disampaikan kepada golongan itu bagi membolehkan kerjasama dibentuk terutama dalam aspek berkaitan pemuliharaan tapak warisan.

Katanya, muzium berperanan memelihara warisan negeri merangkumi tapak, objek dan warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, namun, tidak semua perkara menarik terdapat di muzium itu diketahui oleh masyarakat umum.

"Masyarakat boleh memberi maklumat sekiranya terdapat kemungkinan tapak warisan yang boleh diketengahkan kepada pihak kerajaan. Atas sebab itu, saya menyarankan pemimpin masyarakat menjadi agen penyampai maklumat mengenai fungsi jabatan ini kepada masyarakat.

"Ilmu (yang ada) di muzium sangat penting kerana di sini tersimpan sejarah," katanya pada Program Pameran Flora dan Fauna Muzium Warisan Keningau, di sini.

Seramai 200 pemimpin masyarakat di Keningau menghadiri program itu yang turut memberi taklimat khusus mengenai Enekmen Warisan Negeri 2017 yang baharu diluluskan kerajaan negeri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel