Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buaya muncul di sekitar sawah padi


Tarikh kemaskini: 25/09/2019





JERTIH, 25 Sept -- Penduduk Kampung Baloh, Hulu Besut gempar apabila seekor buaya tembaga sepanjang satu meter muncul di kawasan sawah pagi di kampung tersebut.

Bagaimanapun ia berjaya ditangkap oleh dua pekerja kontrak pembersihan parit selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pekerja kontrak pembersihan terbabit, Mohd Faizul Mat Nor, 32, berkata selepas dimaklumkan dia bersama seorang rakannya bergegas ke tempat kejadian dan bertindak menjerut kepala buaya dengan seutas tali sebelum menariknya naik ke tebing.

"Saya bersama rakan sedang bekerja membersihkan parit sebelum beberapa penduduk datang memaklumkan terlihat buaya tersebut timbul di permukaan air.

"Selepas ditangkap kami meyerahkan buaya itu kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," kataya.

Sementara itu Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata reptilia itu akan dilepaskan semula ke habitat asalnya dalam masa terdekat dan pihaknya akan menyiasat bagaimana haiwan tersebut boleh berada di kawasan sawah padi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel