Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ejen haram program B4G diusir, didakwa


Tarikh kemaskini: 25/09/2019





PUTRAJAYA, 25 Sept  -- Seorang warga Pakistan diusir manakala lima warga Indonesia didakwa setelah bertindak sebagai ejen haram untuk urusan pendaftaran Program Back For Good (B4G) bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, dalam kenyataan hari ini, berkata Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menjadi ejen bagi menguruskan pendaftaran program B4G.

"JIM mendapat maklumat terdapat individu yang tidak bertanggungjawab mengaku sebagai ejen menguruskan pendaftaran progran B4G dengan mengenakan bayaran atas perkhidmatan mereka yang didakwa boleh mempercepatkan proses pendaftaran," katanya.

Beliau berkata JIM telah menangkap dan mendakwa beberapa ejen haram yang dikesan menjalankan aktiviti di sekitar premis JIM.

Menurutnya, seorang lelaki warga Pakistan ditahan pada 8 Ogos lepas dan telah dikenakan hukuman kompaun, diusir serta namanya disenarai hitam.

Pada 9 Ogos pula, dua lelaki warga Indonesia ditahan dan telah dijatuhkan hukuman penjara, manakala pada 14 Ogos tiga lelaki warga Indonesia turut ditahan serta dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan.

Menurutnya, mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna dan melanggar syarat pas, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen yang sah dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa.

Selain pemantauan berterusan JIM, Khairul Dzaimee berkata program B4G itu turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan pemantauan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel