Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia bawa tema rock capai agenda pembangunan mampan


Tarikh kemaskini: 26/09/2019





PETALING JAYA, 25 Sept  -- Program Agenda Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) yang masuk tahun keempat memaparkan cara berbeza tahun ini, apabila menganjurkan persembahan konsert Rock, dengan tema “Shine a Light on Sustainability : Rock the Goals 2019.

Program hari ini anjuran Kumpulan Pelajaran Sunway bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, turut dihadiri 17 kenamaan termasuklah Raja Muda Selangor Tengku Amir Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga ahli politik, duta besar, wakil korporat dan selebriti, yang bersama-sama mengulangi ikrar mereka, memberikan sokongan bergerak bersama-sama sebagai satu negara bagi mencapai hasrat Agenda Pembangunan Mampan (SDG).

UNSDG dianjurkan bersempena dengan minggu Global untuk #Act4SDGs (dari 20 hingga 30 Sept) yang merupakan program terbesar tahunan PBB untuk mewujudkan kesedaran dan memacu negara untuk mencapai kesemua Agenda tersebut.

Agenda Pembangunan Mampan 2030 telah diterima kesemua anggota negara PBB pada 2015, dan menyediakan satu pelan tindakan yang dikongsi bersama ke arah mewujudkan dunia yang lebih baik bagi generasi sekarang dan masa hadapan.

17 bidang utama SDG merupakan satu peringatan penting untuk dilaksanakan kesemua negara - membangun dan maju - dalam satu kerjasama global, mengambil maklum usaha menghapuskan kemiskinan dan kekurangan keperluan asas perlu bergerak selari dengan strategi meningkatkan tahap kesihatan dan pendidikan, mengurangkan ketidaksamaan dan mendorong pengembangan ekonomi, dalam masa yang sama menangani perubahan cuaca dan memulihara laut dan hutan.

Program dihadiri kira-kira 2,000 orang itu dilancarkan Penyelaras Residen PBB bagi Malaysia, Stefan Priesner.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel