Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belanjawan 2020 diharap tumpu kebajikan rakyat - Eddin


Tarikh kemaskini: 26/09/2019





KUALA PILAH, 26 Sept -- Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Okt ini diharap lebih banyak menumpukan kepada soal kebajikan rakyat, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun pertama pentadbiran banyak menumpukan kepada soal pengurusan berhemah bagi menangani lambakan hutang negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Kita harap pada tahun kedua ini lebih kepada mengutamakan kebajikan rakyat akan diteruskan oleh kerajaan PH walaupun kita dah teruskan dalam tempoh setahun ini tetapi masih ada kekangan di atas faktor hutang yang terlampau banyak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup pertandingan Kalam Jamaie dan Kalam Sya’bi Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peringkat Negeri Sembilan 2019 di sini hari ini.

“Saya percaya, perkara tersebut (hutang), sebahagiannya telah diselesaikan dan kita harap pada tahun akan datang, aspek mengutamakan kebajikan rakyat khususnya masyarakat di luar bandar dan golongan B40 akan diberikan keutamaan,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan yang dikemukakan kementerian dalam belanjawan tersebut, Eddin Syazlee berkata ia masih terlalu awal untuk beliau memberikan ulasan.

“Saya percaya setiap agensi dibawah kementerian akan kemukakan cadangan tertentu. Saya berharap kita tak mahu lagi dengar agensi-agensi dibawah kementerian berdepan masalah dari segi perbelanjaan.

“Saya percaya Yang Berhormat Menteri (Gobind Singh Deo) amat mengambil berat tentang isu ini dan saya yakin perkara ini akan dapat diatasi pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel