Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri terus perbaiki mutu pengurusan air - Adly


Tarikh kemaskini: 26/09/2019





MELAKA, 26 Sept -- Kerajaan negeri akan terus berusaha memperbaiki mutu pengurusan air bagi memastikan masalah gangguan bekalan air tidak berulang pada masa akan datang, kata Ketua Menteri, Adly Zahari.

Beliau berkata pelan jangka panjang perlu dilihat secara serius kerana jika tidak dilaksana dengan baik, ia akan menjejaskan pembangunan ekonomi negeri khasnya sektor perindustrian dan pelancongan.

Beliau berkata antara pelan jangka panjang yang diambil adalah mengadakan koordinasi antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi memastikan sistem saluran air dapat dipulihkan dan diselenggara dengan baik.

“Koordinasi antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuaan  penting bagi memastikan semua peralatan berkaitan pengurusan air dikawal selia dengan baik,” katanya pada Sidang Media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh  hari ini.

Beliau berkata negeri Melaka sebenarnya mempunyai sumber air yang mencukupi daripada Tasik Biru, Jasin namum ianya tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana tidak boleh dihubungkan dengan sistem air sebelum disalurkan kepada pengguna.

Adly berkata sistem saluran berkenaan yang gagal berfungsi hampir empat  tahun menyukarkan SAMB untuk menyalurkan air kepada rakyat walaupun negeri ini masih mempunyai sebanyak 25 juta liter bekalan air mentah.

“Sepatutnya keutamaan kita adalah untuk menggunakan sumber air kita sebelum daripada kita membeli air daripada luar. Ini pun dapat menjimatkan kos,” katanya.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel