Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Semua 492 batang sungai di Negeri Sembilan dalam keadaan bersih - Aminuddin


Tarikh kemaskini: 26/09/2019





SEREMBAN, 26 Sept -- Semua 492 batang sungai yang terdapat di Negeri Sembilan berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada pencemaran, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata ia diklasifikasikan bersih berdasarkan kualiti sumber air daripada sungai-sungai berkenaan.

"Sungai-sungai (492 batang sungai) ini dengan panjang keseluruhannya 3,769.8 km diklasifikasikan bersih sejak sekian lama. Jika dahulu kita dapati Sungai Linggi dan Sungai Sepang (sempadan Negeri Sembilan/Selangor) ada pencemaran, tetapi sejak kebelakangan ini tidak lagi.

"Ini kerana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memberikan perkhidmatan dan kepakaran teknikal bagi pengurusan sungai secara bersepadu dalam memastikan lembangan sungai di negeri ini diurus sempurna bagi keperluan pemeliharaan kuantiti dan kualiti sumber air," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Inovasi JPS Negeri Sembilan 2019 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah JPS negeri Hayati Zainal.

Beliau berkata kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kuantiti sumber air dengan memastikan kuantiti air sungai yang tercemar teruk dapat dipertingkatkan dari kelas IV dan V kepada IIB dan ini adalah salah satu strategi perancangan kerajaan dalam tempoh lima tahun ke arah merealisasikan hasrat JPS untuk menerajui bidang pengurusan sumber air negara.

Katanya pelbagai usaha dijalankan JPS dalam memastikan kualiti air sungai di negeri ini berada di tahap bersih.

"Sebagai contoh, sejak 2015 Sungai Temiang di Seremban diklasifikasikan sebagai sungai kelas IIB iaitu bersih. JPS sentiasa berusaha mengekalkan Sungai Temiang ini dalam keadaan bersih apabila setiap tahun jabatan itu mengada kerja-kerja pemeliharaan.

"Sungai Temiang sebelum ini agak tercemar kerana ia melalui Bandar Seremban dan salah satu sebab ia tercemar kerana pembuangan sisa sampah dari Pasar Besar Seremban serta premis kediaman dan kedai yang terdapat di sepanjang sungai berkenaan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel