Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TM wujud Hab Robotik di sekolah galak inovasi


Tarikh kemaskini: 26/09/2019





ARAU, 26 Sept -- Dalam usaha meningkatkan kesedaran era Revolusi Industri (IR) 4.0 dalam kalangan masyarakat, Telekom Malaysia Berhad (TM) mewujudkan Hab Robotik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arau untuk menggalakkan pelajar dan komuniti setempat mempelajari mengenai inovasi dan teknologi.

Pengurus Besar Negeri TM Kedah dan Perlis, Anis Ahmad Mohd Ibrahim berkata dengan sokongan padu daripada PINTAR Foundation dan rakan usaha sama seperti Creative Minds dan TM Coachunity, pelbagai aktiviti berasaskan pendidikan menerusi program berkaitan subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dianjurkan.

Antaranya adalah program Robotik TM, percetakan 3D melalui Program TM 3Ducation dan pocket lab atau log data melalui Program Nano Maker Kit bagi meningkatkan pengetahuan teknologi dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

“Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab syarikat di bawah inisiatif Tanggungjawab Korporat (CR), TM membantu penubuhan Hab Robotik dilengkapi dengan peralatan dan peranti yang diperlukan sebagai ‘dunia baharu’ untuk pelajar peringkat sekolah menengah di SMK Arau.

"Pendedahan kepada teknologi dan inovasi seumpama ini dapat menggalakkan komuniti sekolah dan komuniti setempat untuk menerapkan gaya hidup digital seiring peredaran zaman yang memacu ke arah sebuah Negara Digital,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis graduasi program Sekolah Angkat TM di SMK Arau, di sini hari ini.

Majlis tersebut menandakan berakhirnya tempoh tiga tahun sekolah itu menjadi sekolah angkat TM sejak Ogos 2016 di bawah fasa kelima Program Sekolah Angkat TM yang bertujuan meningkatkan pencapaian akademik dan mewujudkan asas kukuh bagi tenaga kerja digital negara untuk mendepani cabaran mendatang, termasuklah IR 4.0.

Anis berkata TM memperuntukkan lebih RM2.4 juta sejak program dimulakan pada 2003 sehingga kini dengan mengambil sebanyak 15 buah sekolah angkat di seluruh negara dan program itu telah memberi manfaat kepada lebih daripada 20,000 orang termasuk pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel