Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maqis rampas 1,000 kg petai di pintu sempadan


Tarikh kemaskini: 26/09/2019





ALOR SETAR, 26 Sept -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah merampas 1,000 kilogram (kg) hasil pertanian yang cuba dibawa masuk tanpa dokumen sah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Durian Burung pada 15 Sept lepas.

Pengarahnya, P. Lily Rosalind berkata sebuah lori yang membawa muatan hasil pertanian itu iaitu petai yang keseluruhannya dianggar bernilai lebih RM1,000, ditahan pada pukul 9.30 pagi di laluan kargo di kompleks berkenaan.

“Kita telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 kepada pengimport selepas mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya dan peringatan turut diberikan kepada pengimport kerana tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan.

“Kesalahan mengimport tanpa mematuhi syarat adalah salah mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata MAQIS akan terus menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan jaminan keselamatan negara terpelihara selain mengawal kemasukan perosak seperti serangga perosak buah dan penyakit yang boleh merosakkan industri pertanian negara.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel