Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cecair kimia tumpah : penduduk belum dibenar pulang ke rumah


Tarikh kemaskini: 26/09/2019





IPOH, 26 Sept -- Tiga keluarga di Kampung Parit Mentara 3, Bagan Serai yang diarah berpindah semalam kerana rumah mereka berada dalam radius 100 meter dari lokasi tumpahan cecair kimia jenis 'Acetone' belum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, Mohamad Yunus Abu berkata langkah itu diambil bagi mengelak penduduk terjejas dengan operasi mengangkat serta mengalihkan lori tangki terbabit. 

"Penduduk tidak dibenarkan lagi untuk pulang ke rumah kerana pergerakan kren dan petugas akan menjejaskan aktiviti harian mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini. 

Menurut Mohamad Yunus, operasi mengangkat dan mengalihkan lori tangki dengan muatan 20,000 liter 'Acetone' yang terbalik ke dalam parit di kampung itu tertangguh petang tadi selepas sebuah kren disambar petir. 

Katanya susulan daripada kejadian pada pukul 3.30 petang itu menyebabkan satu daripada dua kren yang digunakan dengan berat 40 tan setiap satu menghadapi masalah elektrik. 

"Kerja mengangkat dan mengalihkan lori tangki bermula pukul 2 petang tadi sebelum hujan lebat sehingga memaksa operasi dihentikan sementara, kami berharap agar kren itu dapat dibaiki segera dan usaha mengangkat serta mengalihkan lori tangki diteruskan malam ini," katanya sambil menambah hujan membantu mengurangkan risiko sambaran (percikan). 

Semalam, lori tangki dengan muatan Aceton  yang dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Pulau Pinang itu terbabas sebelum terbalik ke dalam parit di kampung berkenaan kira-kira pukul 5 pagi. 

Acetone merupakan cecair kimia tanpa warna, mudah meruap, mudah bakar dan sering digunakan sebagai pelarut, antaranya untuk cat serta pewarna kuku.

Pihak bomba bagaimanapun telah mengesahkan tiada bahan berbahaya dalam udara di kampung terbabit. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel