Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga Nepal maut jatuh mesin penyejuk tepung


Tarikh kemaskini: 26/09/2019





IPOH, 26 Sept -- Seorang lelaki warga Nepal maut selepas terjatuh ke dalam sebuah mesin penyejuk tepung di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tasek di sini, malam ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Mahir Mat Saad pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.47 malam.

Katanya pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Lama Kajiman berusia 37 tahun itu dari mesin tersebut.

"Seramai 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel