Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Perak sasar 10,000 pengunjung ke Festival Umatic 2.0


Tarikh kemaskini: 27/09/2019




IPOH, 27 Sept -- Kerajaan Perak menyasarkan seramai 10,000 pengunjung ke Festival Umatic 2.0 yang akan berlangsung di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, Meru di sini bulan depan. 

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti yang bersesuaian bagi masyarakat pelbagai bangsa serta agama.

"Objektif festival ini adalah untuk menjadikan masjid sebagai 'one stop centre' dan tempat bagi aktiviti kemasyarakatan kepada semua masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Festival Umatic 2.0 selama tiga hari bermula 4 Okt itu akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. 

Festival itu anjuran Masjid Muhammad Al Fateh, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Kelab Pemuda Al-Fateh, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malim) dengan kerjasama kerajaan negeri.

Asmuni berkata, antara aktiviti sepanjang festival itu adalah Forum Ehwal Islam, wacana ilmu, expo produk Muslim, program sukan dan remaja, persembahan seni dan Kebudayaan, peraduan mewarna, pameran agensi kerajaan dan pemeriksaan kesihatan.

"Festival ini juga akan diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air seperti Kumpulan Hijjaz dan Yatt Hamzah," katanya.

Beliau berharap festival berkenaan menjadi platform kepada penyatuan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. 

"Jika sambutannya menggalakkan, kita akan jadikan festival ini sebagai acara tahunan dan kemungkinan dianjurkan di sekitar masjid terpilih di negeri ini," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel