iFslY3Fwwok Belanjawan 2020: Fokus tingkat penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belanjawan 2020: Fokus tingkat penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan


Tarikh kemaskini: 28/09/2019





GEORGE TOWN, 28 Sept -- Kerajaan akan memberikan tumpuan meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan menerusi Belanjawan 2020 yang akan dibentang pada 11 Okt ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata selain itu, belanjawan itu juga akan memfokuskan kepada  mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

"Kita nak tingkatkan penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan di mana penglibatan wanita kini hanya mencapai 56 peratus berbanding lelaki hampir 80 peratus," katanya selepas majlis pelancaran tiga perkhidmatan baharu di Hospital Kanser Mount Miriam di sini hari ini.

Beliau berkata langkah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaaan itu bagi mengurangkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia.

Dalam perkembangan lain, Lim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih turut meminta semua pihak agar menghormati keputusan inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang diputuskan Mahkamah Koroner semalam bahawa kematiannya akibat perbuatan jenayah oleh lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Beliau berharap keadilan dapat ditegakkan dengan menangkap dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian Muhammad Adib.

Muhammad Adib, yang merupakan anggota bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, meninggal dunia pada 17 Dis lepas selepas 21 hari bertarung nyawa susulan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya tahun lepas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel