Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat kru kapal jatuh laut ditemui


Tarikh kemaskini: 28/09/2019





GEORGE TOWN, 28 Sept  -- Mayat lelaki warga Indonesia yang terjatuh ke dalam laut ketika berada di atas kapal tangki Mekar Jaya di kedudukan 0.2 batu nautika perairan Macallum, di sini ditemui terapung di Padang Kota, di sini hari ini.

Menurut Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, mayat Agus Salam Siregar, 24, ditemui terapung oleh nelayan di kawasan itu kira-kira pukul 1.05 tengah hari di kedudukan 0.5 batu nautika timur laut Padang Kota.

"Pihak APMM telah membawa mayat mangsa ke jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat kru kapal itu dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel