Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas cikgu memandu rayu bantuan akibat lumpuh


Tarikh kemaskini: 28/09/2019




ALOR SETAR, 28 Sept  -- Seorang bekas cikgu sekolah memandu di sini merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban yang ditanggungnya, selepas mengalami ketumbuhan pada bahagian tulang belakang menyebabkan dia lumpuh separuh badan, iaitu hingga paras pinggang sejak Julai lepas.

Azizan Awang, 41, dari Kampung Lemping di sini berkata hidupnya bersama isteri Noor Shila Mohd Saleh, 33, kian terhimpit selepas mengambil keputusan berhenti kerja April lepas dengan hanya bergantung pendapatan Noor Shila yang juga seorang cikgu memandu di tempat sama sebanyak RM800 sebulan.

Bagaimanapun, katanya pendapatan sebanyak itu tidak mencukupi untuk menampung  perbelanjaan seharian dua anak berusia enam dan 11 tahun, yang masih bersekolah selain perlu membayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM450 sebulan.

"Hidup kami kian terhimpit kerana kami tiada wang simpanan dan tidak mendapat bantuan, setiap bulan duit gaji itu juga isteri beli lampin pakai buang untuk saya, serta menanggung kos berulang-alik enam kali sebulan bagi mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini.

Azizan berkata dia dikesan mengidap  tumor schwannoma pada 2015 namun masih mampu bekerja dan berjalan dengan menggunakan tongkat.

Azizan berkata pada mulanya doktor mencadangkan  supaya menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu, namun dia menolak cadangan itu kerana berisiko tinggi untuk lumpuh seluruh badan, bagaimanpun dia kini bersedia untuk menjalani pembedahan itu.

"Tumor itu kini sebesar bola ping pong hingga menekan saraf tunjang di pinggang hingga deria kaki hilang. Sekarang saya lebih bersedia untuk melakukan pembedahan membuang tumor tersebut walaupun berisiko tinggi untuk lumpuh seluruh badan," katanya.

Sementara itu, nasib yang  menimpa Azizan mendapat perhatian pengasas Cancer Survivors Malaysia, Zuraini Kamal yang menziarahinya serta menyampaikan bantuan barangan keperluan makanan, lampin pakai buang, susu dan wang tunai.

"Saya mengharapkan orang ramai serta agensi terbabit dapat membantu Azizan dan keluarga kerana beliau tidak lagi boleh berjalan dan bekerja untuk membesarkan dua anak masih kecil,"katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Azizan boleh menghubunginya melalui telefon 013-4181229 atau menerusi akaun Maybank atas nama Azizan Awang di 152059108087.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel