Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belanjawan: Perak harap perhatian untuk lapangan terbang dan prasarana Pangkor


Tarikh kemaskini: 28/09/2019





GOPENG, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan dapat memberi bantuan atau peruntukan sewajarnya terhadap pembangunan prasarana di seluruh Perak dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan bulan depan. 

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata antara projek yang memerlukan perhatian kerajaan Persekutuan dalam bentuk kewangan adalah usaha memanjangkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh. 

Selain itu, peruntukan bagi penyediaan prasarana di Pulau Pangkor yang bakal diisytihar sebagai Pulau Bebas Cukai pada 1 Jan depan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan AgroFest Perak 2019 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, hari ini. 

AgroFest Perak 2019 yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan antaranya pertanian, perikanan dan agrotourism.

Kerajaan negeri sebelum ini merancang untuk memanjangkan landasan di LTSAS kira-kira 500 meter lagi, daripada dua kilometer sedia ada bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat. 

Sementara itu, pengumuman Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai dibuat Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 tahun lalu. 

Ditanya mengenai pembinaan kemudahan baharu seperti jeti dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ),  Ahmad Faizal berkata perkara itu tidak sempat untuk dilaksanakan menjelang pengisytiharan yang berbaki kira-kira tiga bulan lagi. 

"Tidak sempat untuk pembinaan itu, maka kita akan gunakan apa yang ada atau ubah suai. Pengisytiharan tetap diteruskan," katanya. 

Menyentuh mengenai Belanjawan negeri, Ahmad Faizal berkata ia sedang dirangka dengan memberikan fokus kepada golongan asnaf bagi membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel