Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang Asli suku Batek tanam 1,000 pokok terung


Tarikh kemaskini: 29/09/2019




GUA MUSANG, 29 Sept -- Seramai 200 penduduk membabitkan 52 keluarga Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, di sini, sudah memulakan aktiviti menanam 1,000 pokok terung untuk meningkatkan ekonomi mereka sejak dua minggu lalu. 

Setiap keluarga kaum itu diberikan 20 pokok terung yang ditempatkan di satu kawasan berhampiran penempatan mereka bagi memudahkan pengawasan sebelum dapat mengeluarkan hasil sebulan lagi dan boleh memberi pendapatan jangka pendek.

Penghulu Orang Asli Kampung Kuala Koh, Mohamad Pokok, 40, berkata penduduk terbabit sudah diberi bimbingan bagi menjaga kebun terung itu yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk memberi punca pendapatan kepada mereka. 

Katanya, projek tanaman kontan itu adalah janji jabatan itu bagi menyelesaikan masalah pendapatan kaum itu selepas kejadian tragedi kematian 15 penduduk kerana jangkitan kuman dan demam campak sejak awal Mei lalu.

 Beliau berkata usaha itu juga bagi mengelakkan penduduk Orang Asli di kampung berkenaan sukar berpindah ke kawasan hutan untuk mencari rezeki.

Mohamad berkata penduduk yang terpilih bagi mengusahakan kebun terung itu begitu teruja untuk menjadi pekebun sayur walaupun ia sebagai permulaan untuk mempelajari sebelum memperoleh hasil. 

"Kami selalu memantau kerja-kerja mereka membersih kebun terung itu kerana apa yang diharapkan ia berjaya sebelum tanaman lain selepas ini," katanya. 

Seorang belia Orang Asli, Riang Salleh, 18, berkata, beliau mengganti ibu bapanya mengusahakan kebun terung itu waktu pagi dan petang kerana ingin membuktikan kejayaan projek itu. 

"Saya bersama rakan lain kerap membersih kawasan kebun itu supaya pokok terung lebih subur,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel