Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan air berjadual di Mersing tidak lama lagi


Tarikh kemaskini: 29/09/2019





KULAI, 29 Sept -- Pembekalan secara Bekalan Air Berjadual (BAB) dijangka akan dilaksanakan di sebahagian daripada kawasan Mersing tidak lama lagi, berikutan paras air di Empangan Labong yang menunjukkan bacaan paras henti loji.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata pelaksanaan itu bakal melibatkan seramai 25,000 pengguna.

Beliau berkata tarikh pelaksanaan BAB yang tepat masih belum diputuskan lagi, namun ia hampir pasti akan berlaku dalam masa terdekat, melibatkan 4,987 akaun pengguna.

"Ini disebabkan keadaan cuaca panas dan kering berterusan serta tidak nampak apa-apa perubahan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Bantuan ke Institut Pengajian Tinggi Tahun 2019 di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Batu, di sini, hari ini.

Meskipun kebelakangan ini hujan mulai kerap berlaku di Johor, namun ia dilihat masih tidak dapat memulihkan rizab bekalan air.

"Bacaan paras air akan bertambah sekiranya Johor menerima hujan secara tidak henti. Jadi, setakat ini, keadaan tiada penambahbaikan," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri masih lagi berbincang dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dan syarikat yang melaksanakan operasi pembenihan awan untuk melaksanakan operasi berkenaan dalam masa terdekat.

Terdahulu, dalam majlis berkenaan seramai 32 pelajar menerima bantuan, di mana tiga pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma menerima bantuan RM500 manakala 29 pelajar yang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda pula menerima RM1,000.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel