Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga maut selepas kereta bertembung dengan pacuan empat roda


Tarikh kemaskini: 29/09/2019





MERSING, 29 Sept -- Tiga kakitangan sekolah agama swasta maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 23, Jalan Nitar-Mersing di sini, pukul 1.40 tengah hari tadi.

Sodiq Abu Bakar, 40, Shamjuddin Romani, 59, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Khairy Abd Jaafar, 37, semasa dalam perjalanan ke Hospital Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka dalam perjalanan dari Mersing menuju ke Kluang.

"Kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda, yang dipercayai telah memasuki laluan bertentangan…. bagaimanapun, pemandu serta penumpang kenderaan pacuan empat roda hanya hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel