Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Festival Kolek Drawbridge Terengganu berjaya mengumpul lebih 600 peserta


Tarikh kemaskini: 29/09/2019





KUALA TERENGGANU, 29 Sept -- Festival Kolek Drawbridge Terengganu berjaya mengumpul lebih 600 peserta dan membuka peluang orang ramai menyaksikan keunikan pelbagai reka bentuk perahu tradisional.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata pertandingan yang telah bermula sejak semalam itu turut menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Berikutan kemeriahan luar biasa itu, pihaknya bercadang menjadikan festival tersebut sebagai acara tahunan dan produk pelancongan terbaru negeri itu.   

 “Lumba perahu merupakan satu aktiviti yang popular di seluruh dunia sepertimana lumba perahu naga yang akhirnya menjadi satu festival tersohor dan tercatat dalam acara peringkat dunia.

“Tidak mustahil, festival melibatkan perahu-perahu tradisional juga boleh direalisasikan”, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam acara tersebut di sini, hari ini.

Festival yang dianjurkan Lembaga Muzium Negeri Terengganu itu mempertandingkan tiga kategori iaitu kategori jabatan, Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan imbang drum yang menawarkan hadiah berupa wang tunai RM3,000 (johan), RM2,000 dan RM1,500.

Bagi kategori jabatan, ia dimenangi peserta dari daerah Kuala Terengganu, diikuti Marang dan Hulu Terengganu di tempat ketiga manakala bagi kategori Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  pula dimenangi daerah Kuala Terengganu, diikuti Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.

Kategori Imbang Drum pula dimenangi Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC), diikuti daerah Kemaman dan Kuala Nerus.

Menurut Ariffin, setiap pertandingan akan menggunakan tiga buah perahu jenis kolek dengan 25 peserta untuk satu pasukan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel