Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan tekong warga Thailand ceroboh perairan Malaysia


Tarikh kemaskini: 29/09/2019





KUALA PERLIS, 29 Sept -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah bot nelayan milik seorang warganegara Thailand pagi tadi kerana menceroboh dan memukat ketam tanpa kebenaran di kawasan perairan negara.

Pengarahnya, Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata bot itu ditahan di jarak 5.3 batu nautika dari pantai Sungai Baru pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Pemeriksaan ke atas bot itu menemukan seorang tekong berusia 35 tahun serta 10 kilogram ikan campur. Bot berkenaan telah dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tekong itu akan dibawa ke Mahkamah Kangar esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman, dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana pencerobohan penangkapan ikan oleh vesel asing di perairan perikanan Malaysia.

Nurulazme seterusnya berkata orang ramai yang ingin menyampaikan laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia dengan menelefon MERS 999, atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis dengan menelefon 04-9851072 atau 04-9851162.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel