1yb0LQRG-_U Polis rampas 34 ekor lembu seludup di Tumpat
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis rampas 34 ekor lembu seludup di Tumpat


Tarikh kemaskini: 30/09/2019





TUMPAT, 30 Sept -- Polis merampas 34 lembu seludup dari negara Thailand bernilai RM136,000 dalam satu serbuan di Kampung Mentua, Pengkalan Kubur semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Ab Rashid Mat Daud berkata serbuan terbabit dilakukan oleh pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 dan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat pada 11.00 malam tadi.

"Serbuan itu dilakukan hasil daripada maklumat awam yang diperoleh berkaitan aktiviti penyeludupan haiwan terbabit dari negara jiran untuk di bawa masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand yang berdekatan di daerah ini.

Hasil daripada serbuan berkenaan pihak kami berjaya mengesan 34 ekor lembu untuk pasaran tempatan," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini, hari ini.

Ab Rashid berkata dalam serbuan itu pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun yang dipercayai menjalankan aktiviti terbabit.

"Suspek telah mengaku lembu-lembu terlibat adalah miliknya untuk dipasarkan di sekitar negeri ini.

Kami mendapati lembu-lembu terbabit dibawa secara berenang daripada sungai (sempadan) yang terletak 900 meter daripada tempat serbuan dan kemudian dibawa dengan berjalan kaki sebelum disimpan di dalam kandang," katanya.

Katanya pihaknya akan melakukan siasatan secara menyeluruh sama ada dari aspek pemalsuan dokumen dan sebagainya.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan suspek akan direman selama tiga hari," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel