Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JAKOA terus bantu Orang Asli Batek Kuala Koh


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





GUA MUSANG, 1 Okt -- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan terus membantu  masyarakat Orang Asli suku Batek Kampung Kuala Koh meneruskan kehidupan selepas tragedi kematian 15 orang  di kalangan kaum itu akibat jangkitan demam campak Mei lalu. 

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata, segala yang dijanjikan kepada kaum itu tetap dilaksanankan termasuk projek ekonomi, kemudahan air bersih dan bekalan elektrik supaya kehidupan mereka tidak ketinggalan berbanding kaum lain. 

Beliau berkata, hanya mereka perlu tunggu pelaksanaan bantuan itu kerana ia tidak boleh dilakukan sekali gus tetapi secara berperingkat mengikut tatacara perbelanjaan yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, masalah air bersih untuk mereka sudah dibina telaga tiub, tinggal lagi penggunaannya terpaksa tunggu bekalan elektrik dan perkara itu juga sudah dibincangkan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Kita sudah mendapat persetujuan TNB bagi tujuan itu dan mungkin keseluruhannya pelaksaan dijangka siap tahun depan,"kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Malam Apresiasi JAKOA di Dewan KESEDAR, di sini, Isnin malam. 

Pada majlis itu, sebanyak 20 agensi kerajaan diberi sijil penghargaan kerana membantu JAKOA dan kaum Orang Asli suku Batek di Kuala Koh ketika  berdepan tragedi jangkitan demam campak baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Abdullah Mohamad PIah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin. 

 Dr Juli berkata, pihaknya sentiasa mengambil perhatian terhadap kemajuan yang bakal dinikmati kaum itu kerana tidak mahu tragedi terbabit berulang lagi terutama berkaitan kesihatan. 

Beliau berkata, begitu juga dengan aktiviti ekonomi untuk mereka turut diberi perhatian supaya setiap keluarga kaum itu ada punca pendapatan bagi menjamin masa depan. 

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel