Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita,kanak-kanak melecur setelah van terlanggar wayar elektrik Sesco


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





BINTULU, 1 Okt -- Seorang wanita cedera parah manakala seorang murid sebuah sekolah rendah di Tatau melecur di bahagian bahu serta belakang akibat terkena renjatan elektrik setelah van yang membawa mereka terlanggar wayar elektrik milik Sesco awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang cedera parah iaitu melecur seluruh badan ialah pemandu van tersebut Singa Gawan, 55, dan Allister Kilat, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tatau yang duduk di bahagian penumpang hadapan ketika kejadian berlaku pada pukul 6.45 pagi ini.

"Empat murid termasuk seorang dari pelajar tadika berumur lima dan 10 tahun yang duduk di tempat penumpang di belakang sempat menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata  ketika kejadian, van yang dipandu mangsa sedang dalam perjalanan menghantar kanak-kanak berkenaan ke SJK Chung Hua Tatau dan Tadika Chung Hua Tatau namun semasa keluar dari simpang Taman Lee Cheng Tatau, van itu terlanggar wayar elektrik milik Sesco yang terjatuh berhampiran dengan kenderaan itu.

Menurutnya, Singa yang tidak sedarkan diri selepas kejadian dihantar ke Hospital Bintulu menggunakan ambulans manakala Allister pula masih menerima rawatan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel