Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buru pembunuh gajah : ganjaran RM30,000 kepada pemberi maklumat


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





TAWAU, 1 Okt -- Ganjaran RM30,000 menanti pemberi maklumat sehingga tertangkapnya  pembunuh seekor gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan dekat sini baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL)  Sabah, Augustine Tuuga berkata ganjaran itu masing-masing RM10,000 daripada JHL, Orangutan Appeal United Kingdom dan sebuah pertubuhan sukarela.

Pada 25 Sept lalu, sekumpulan pemancing menemukan bangkai gajah berkenaan dalam keadaan terduduk di tebing Sungai Udin, Kalabakan sebelum gambar haiwan itu tersebar di media sosial.

Susulan itu, Jabatan Hidupan Liar melakukan siasatan dan mendapati gading gajah itu dipotong dan hasil bedah siasat mendapat terdapat 70 tembakan di pipi, kepala, badan serta punggung gajah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas, berkata gajah itu ditembak menggunakan shot gun dan pembunuhnya  boleh didakwa di bawah Akta Senjata Api 1960 serta mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar  dibawah JHL.

Menurutnya Peter suspek itu kini dalam radar pemburuan polis dan JHL menerusi Operasi Khazanah.

"Jadi kita lancarkan Ops Khazanah Bersepadu, menggembleng semua tenaga penguatkuasa kita yang ada dan kita bersetuju tentang kaedah yang akan digunakan dalam masa terdekat ini setelah kita kenalpasti sasaran," katanya dan menambah bahawa  operasi itu akan turut disertai Jabatan Perhutanan Sabah.

Peter berkata polis sudah mengenalpasti motif dan mengesyaki suspek merupakan pemburu gading gajah berdasarkan gading pada  gajah yang dibunuh itu, hilang.

"Dari siasatan dan taklimat bersama JHL memang gajah ini dibunuh, sengaja dibunuh, dan untuk tujuan mengambil gading, ini pembunuhan kejam," katanya lagi.

Peter turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu agar tampil dan menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan, atau menghubungi pegawai JHL bagi membantu siasatan.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel