Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Johor tahan tiga bot dagang dan 11 warga Indonesia


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





JOHOR BAHRU, 1 Okt -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga buah bot dagang bersama 11 lelaki warga Indonesia di perairan Johor Timur semalam kerana didapati membawa sejumlah muatan rokok dan minuman keras tanpa cukai.

Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata sebuah daripada bot berkenaan ditahan pada 10.25 pagi di kedudukan sembilan batu nautika Timur Tanjung Penawar manakala dua buah lagi ditahan pada 11 pagi di kedudukan 15 batu nautika Timur Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Semua penahanan dilakukan oleh pasukan bot ronda APMM yang sedang melakukan rutin rondaan di kawasan terbabit, katanya.

“Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 21 hingga 42 tahun dan kita percaya rokok dan arak yang dibawa akan dijual ke kapal-kapal (kru kapal) atau pun ditukar dengan barangan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zulfadli berkata penahanan itu dilakukan sebagai mencegah kejadian rompakan di laut dan kecurian terhadap kapal-kapal di perairan Malaysia.

Ini kerana katanya sudah terdapat beberapa aduan diterima pihaknya berhubung percubaan bot-bot jenis ini melakukan kegiatan berkenaan.

“Jadi, pengusaha-pengusaha kapal khususnya kapal-kapal bersaiz mega dinasihatkan supaya menggunakan laluan perairan ini dengan lebih berhati-hati dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghindari kejadian tidak diingini seperti kecurian atau pun rompakan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel