Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam pengawal selia sektor hadir mesyuarat Jawatankuasa Khas Persaingan


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Enam pengawal selia sektor hadir pada mesyuarat kesembilan Jawatankuasa Khas Persaingan yang dipengerusikan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pada 27 September lepas bagi membincangkan isu-isu bidang kuasa mengenai persaingan serta menangani aduan yang melibatkan pengawal selia lain.

Pengerusi MyCC Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus berkata pengawal selia berkenaan adalah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Tenaga (ST), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“Perbincangan itu bersesuaian dengan perkembangan undang-undang dan dasar persaingan yang konsisten," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Hishamudin berkata antara isu utama yang dibincangkan adalah peruntukan mengenai penggabungan dan pengambilalihan (M&A) yang menjadi fokus utama MyCC dalam rancangannya untuk meminda akta-akta berkenaan.

“SKMM dan MAVCOM berpendapat bahawa sebarang undang-undang atau garis panduan mengenai M&A yang akan diperkenalkan oleh MyCC kelak perlu mempunyai persamaan antara satu sama lain bagi mencapai konsistensi dalam pelaksanaan dasar M&A," kata beliau.

Mohd Hishamudin berkata jawatankuasa itu turut diberi taklimat mengenai dapatan utama dan syor MyCC berkaitan Kajian Semula Pasaran Sektor Makanan yang telah dilancarkan baru-baru.

“Selain itu, ahli-ahli turut berkongsi perkembangan terkini mengenai undang-undang masing-masing khususnya MyIPO berkenaan Protokol Madrid iaitu sistem pendaftaran cap dagangan antarabangsa melalui sistem pemfailan tunggal yang akan memberi manfaat kepada pemilik jenama tempatan serta menarik pelaburan asing," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel