Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Elaun bulanan Pengerusi MPKK hanya RM500 bukan RM3,500 - PH


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





KUCHING, 1 Okt -- Pakatan Harapan Sarawak hari ini menafikan berita yang disebarkan di media sosial bahawa cadangan elaun bulanan untuk Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), adalah sebanyak RM3,500.

Pakatan itu menjelaskan cadangan elaun bulanan untuk jawatan yang dikatakan sebenarnya hanyalah RM500, sementara Setiausaha MPKK akan menerima RM300  sebulan, bukannya RM2,300 seperti yang sebarkan.

“Ahli jawatankuasa MPKK tidak menerima elaun bulanan tetapi untuk setiap kali mesyuarat, mereka akan menerima elaun kedatangan sebanyak RM50. MPKK mesti mengadakan mesyuarat tidak lebih daripada enam kali setiap tahun, katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak  Jaziri Alkaf Suffian, Setiausaha Amanah Negeri Abang Abdul Hadi Abang Naili, Setiausaha DAP Negeri Alan Ling dan Setiausaha PKR Negeri Vernon Kedit. 

“Kami maklum dengan pelbagai berita palsu disebarkan dalam media sosial sejak kebelakangan ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak diketahui mengenai mekanisme dan skim pembayaran MPKK,” kata mereka. 

Mereka menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa elaun-elaun ini akan dibayar Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan didepositkan ke dalam akaun bank Pengerusi MPKK dan setiausaha, bukannya menerusi Pejabat Daerah atau Residen.

Mereka juga berkata MPKK di negeri ini berbeza dengan model yang diterangkan di dalam muka surat ‘TATACARA MPKK’ dalam laman sesawang Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang hanya diguna pakai di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Harapan.     

“Borang permohonan untuk MPKK Sarawak boleh diperoleh daripada wakil-wakil parti komponen PH. Borang daripada laman sesawang Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak diguna pakai di Sarawak,” kata mereka. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel