Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peniaga wanita rugi RM27,000 ditipu sindiket Macau Scam


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





KUCHING, 1 Okt  -- Seorang peniaga wanita mengalami kerugian berjumlah RM27,000 selepas diperdaya oleh sindiket Macau Scam yang mendakwa kononnya dia terlibat dengan beberapa kes jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata pada mulanya wanita berumur 39 tahun itu dihubungi seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernama Faizal Annuar.

Beliau berkata ‘pegawai’ itu mendakwa kononnya wanita berkenaan terlibat dengan kes rasuah, dadah, penyeludupan senjata api dan penggubahan wang haram, sebelum panggilan disambungkan ke talian lain kononnya dari Balai Polis Bukit Aman untuk membuat laporan penafian.

“Wanita itu kemudiannya bercakap dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘Insp.Amirul’ bagi menyelesaikan masalahnya, sebelum diminta memindahkan sejumlah wang ke dalam satu akaun, kononnya untuk semakan akaun, sama ada terlibat dalam kes rasuah atau tidak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya wanita itu menyedari dirinya ditipu setelah membuat semakan akaun bank dan mendapati wang di dalam akaunnya telah berkurangan sebanyak RM27,000.

Mustafa berkata bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September tahun ini, 100 kes Macau Scam telah dilaporkan melibatkan nilai kerugian mencecah RM6.3 juta dan sebanyak 44 tangkapan telah dibuat.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel