Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

32 buah rumah projek Baiti Jannati TNB dibina sejak 2008 di N.Sembilan


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





SEREMBAN, 1 Okt -- Sebanyak 32 buah rumah di bawah projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah dibina di Negeri Sembilan sejak 2008 sehingga kini, melibatkan kos RM1.23 juta dan tahun ini ini empat buah rumah siap dibina, melibatkan kos RM200,000.

Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Negeri Sembilan Mahamad Farizan Mahamad berkata secara keseluruhan TNB telah membina 536 buah rumah di bawah projek yang sama di seluruh negara sejak 2007 sehingga tahun lepas, melibatkan kos RM22.7 juta.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis penyerahan rumah berkenaan kepada salah seorang penerima, Rozlin Che Rus, yang disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Suhaimi Kassim di sini hari ini.

Menurutnya empat penerima bantuan berkenaan pada tahun ini ialah seorang penduduk di Kampung Baru Temeris, Bahau, seorang di Kampung Panchor, Seremban, seorang di Kampung Merbah, Sikamat dan seorang lagi akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, Rozlin, 31, ketika ditemui menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam merealisasikan impiannya untuk memiliki kediaman yang selesa.

"Syukur Alhamdulillah, kami sekeluarga gembira dan mengucapkan terima kasih kerana dengan bantuan Yang Berhormat ADUN Lenggeng dan TNB, akhirnya kami mempunyai rumah sendiri.

“Sebelum ini, kami menumpang di rumah saudara sebelum tinggal di bawah khemah dan kemudian di sebuah kontena sumbangan orang ramai. Ini merupakan impian yang tidak pernah saya termimpi berjaya ditunaikan," katanya. ibu kepada empat orang anak itu.

Rozlin, yang memiliki empat cahaya mata dengan tiga daripadanya perempuan yang kesemua berumur antara tiga dan 13 tahun merupakan suri rumah manakala suaminya, Shahasrizal Mohamed, 41, tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Rumah berkenaan yang dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air, siap dibina bulan lepas dengan kos RM50,000.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel